Puting Dan Botol Susu Punca Anak Kerap Sakit, Wajib Ganti Jika Ada Tanda Ini

Bila kali terakhir anda tukar botol atau puting susu anak anda? ketahuilah botol dan puting susu bayi ada tamat tempoh penggunaannya. Sekurang kurangnya 3 bulan perlu diganti baru, melainkan botol susu yang digunakan Free BPA tamat tempoh lebih lama iaitu 6 bulan.

Namun begitu jika terdapat Calar pada botol sila tukar segera, kerana boleh menyebabkan toksin dibebaskan.

Toksin! dengar pun dah ngeri bukan? Kesan BPA kepada bayi sangat bahaya, Baca perkongsian Puting Dan Botol Susu Punca Anak Kerap Sakit, Wajib Ganti Jika Ada Tanda Ini

Apa Yang Dimaksudkan Dengan BPA

BPA ialah singkatan kepada Bisfenol A. BPA bahaya terhadap keluarga kita khususnya bayi. BPA adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat dan resin epoksi.

Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna. Antaranya:

  • Botol susu bayi
  • Botol air mineral
  • Bekas makanan
  • Teether bayi

Resin epoksi pula digunakan untuk lapisan permukaan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

Kesan Bahaya BPA Kepada Bayi

BPA dari produk mengandungi bahan kimia bahaya, boleh melarut atau meresap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Walaupun Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen.
Estrogen adalah hormon yang terdapat dalam badan kita, hormon ini berfungsi untuk
  • mengawal perkembangan otak,
  • sistem peranakan dan
  • pertumbuhan janin.

Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Bahkan janin dalam kandungan dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA, kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi. Jadi Ibu hamil waspada diet anda.

Kajian mengenai BPA mengaitkan dengan pelbagai masalah lain seperti :
  • Baligh awal
  • Kanser payudara
  • Kanser prostat
  • Penyakit jantung
  • Obesiti
  • Kencing manis
  • Boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom !

Jadi pemilihan botol sangat penting, elak menggunakan botol yang mengandungi BPA.

Tanda Wajib Tukar Botol Atau Puting

Lazim diketahui tempoh penggunaan botol atau puting susu adalah tiga hingga enam bulan, namun begitu jika berlaku perubahan Pada botol sebelum tamat tempoh tetap kena tukar.

Tanda – tanda botol atau puting perlu tukar dengan kadar segera :

1. Puting koyak atau Botol Calar

Walaupun koyakan kecil berlaku pada puting atau terdapat kesan calar pada botol, anda tidak sepatutnya menggunakannya lagi kerana ia boleh berisiko toksin mencemari susu dan seterusnya usus bayi.

Masalah koyak ni kerap terjadi bagi bayi yang gemar gigit puting susu, alamatnya memang kena ada ready stock puting dirumah.

2. Warna Botol

Jika botol anak kelihatan kekuningan atau kata mudah botol berubah warna ianya adalah tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di bahagian dalam botol.
3. Sterilizer
Pengunaan sterilizer ini akan mengurangkan jangka hayat botol , jika jangka hayat botol 6 bulan maka hayat botol hanya boleh digunakan 4 bulan. Ini kerana sterilizer penggunaan haba yang tinggi.
4. Terdapat Kerak Susu

Dalam kes ini terlalu ramai ibubapa mencari penyelesaian untuk menghilangkan kerak susu pada puting botol khususnya. Walhal puting yang sudah di selaputi kerak susu perlu di tukar, kerana terdapat terlalu banyak bakteria.

Ada banyak jenis bakteria yg boleh bahayakan kesihatan bayi anda, Antaranya:
  • Cryseobacterium indologenes.
  • Klebsiella pneumoniae.
  • Micrococcus spp.
  • Enterococcus gallinarum.
  • Kocuria varians.
  • Enterococcus gallinarum.
  • Staphylococcus aureus.
  • Barcroft Media.

Banyaknya Bakteria yang melekat pada botol bayi bukan? Jadi tukar sahaja puting yang baru.  Tak perlu berjimat, Bakteria tu boleh jadi punca bayi mendapat penyakit seperti:

  • Mudah Asthma.
  • Boleh sebabkan alahan.
  • Lebih mudah kene jangkitan penyakit

👉Tips untuk puting tidak berkerak supaya tahan sehingga tamat tempoh adalah selepas bayi anda selesai minum, terus botol dicuci dengan pencuci botol jangan biar baki susu terlalu lama didalam botol

5. Sabun Cuci Botol

Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan, ini kerana di dalam sabn basuh pinggan mangkuk terdapat bahan kimia yang menghakis, malah memberikan kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan bersih.
Gunakan bahan pencuci yang bersifat mesra alam bebas kimia berbahaya dan paling terbaik adalah dari bahan semulajadi.
klik BACASabun Basuh Pinggan Mangkuk Untuk Kulit Sensitif, Bebas Bahan Kimia Bahaya

SHAKLEE ID : 1028182

Follow saya di FACEBOOK: FUZIAH IDRIS

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge