Petua Merawat Masalah Kencing Tidak Lawas Mudah Dan Berkesan

Kerap rasa nak buang air dan rasa tidak puas bila buang air (rasa air kencing seperti tidak habis keluar) adalah gejala yang sering dialami oleh pesakit kencing tak lawas. Ketika proses buang air kecil juga diiringi sekali dengan rasa sakit atau pedih dan kadangkala ada sedikit darah dalam air kencing. Ada kemungkinan juga diserang demam dan rasa sakit pada bahagian belakang badan.

Masalah kencing tak lawas (Urinary Symptoms) atau kencing kotor dan dalam bahasa perubatan dikenali sebagai jangkitan di pundi kencing (UTI). Masalah ini kebanyakannya menjejaskan pundi kencing tetapi ada sesetengah kes boleh melibatkan ureter, uretra dan paling teruk merebak ke buah pinggang jika ia tidak dirawat dengan betul. Jangan remeh temeh, artikel Petua Merawat Masalah Kencing Tidak Lawas Mudah Dan Berkesan sangat membantu anda.

Masalah kencing tidak lawas ini sangat mengganggu aktiviti harian dan sudah tentu mengganggu jika ingin travel dekat atau jauh.

Punca Kencing Tidak Lawas

Antara punca yang mempengaruhi masalah kencing tidak lawas adalah seperti berikut:

1. Penyingkiran air kencing dari pundi kencing yang tidak lengkap
hal ini sering tidak disedari sehingga sampai ke peringkat akhir, yang dikenali sebagai inkontinens limpahan. Inkontinens limpahan boleh disebabkan oleh kerosakan saraf (daripada kencing manis atau “multiple sclerosis”) atau oleh penyumbatan dalam saluran kencing, seperti batu ginjal, atau tumor saluran kencing yang menyekat uretra.

2. Pengekalan kencing sebahagian atau lengkap, yang mempunyai tiga sebab utama.

i) Pundi kencing hipotonik, juga dikenali sebagai pundi kencing yang malas atau neurogenik, yang menyebabkan pundi kencing tidak dapat dikendalikan dan dikosongkan dengan betu.

ii) Prolaps faraj (rahim jatuh) di mana struktur faraj boleh menekan uretra dan menyekat saluran air kencing.

iii) Penyingkiran disfungsional terjadi apabila otot-otot di sekeliling uretra tidak rilekskan semasa pembuangan air kencing untuk membolehkan aliran bebas.
-Kecederaan saraf tulang belakang,
-cakera hernia,
-proses neurologi berjangkit, dan
-pembedahan pelvik atau patah tulang
juga boleh menyebabkan penyingkiran air kencing dari pundi kencing tidak lengkap.

3. Pundi kencing prolaps,
juga dikenali sebagai pundi kencing yang runtuh: Apabila dinding vagina yang menyokong pundi kencing lemah (sering disebabkan oleh usia), pundi kencing boleh prolaps, atau turun ke dalam vagina. Punca umum adalah
-tekanan dari melahirkan anak,
-mengangkat berat,
-melegakan semasa pergerakan usus,
-sembelit jangka panjang, dan
-kekurangan hormon estrogen akibat menopaus (hormon yang menguatkan otot faraj).
-Obesiti juga boleh menyumbang kepada pundi kencing yang prolaps

4. Jangkitan kencing
Yang disebabkan oleh jangkitan bakteria di buah pinggang, ureter (tiub yang membawa air kencing ke pundi kencing), pundi kencing atau uretra (tiub yang mengeluarkan air kencing dari pundi kencing di luar badan). Punca jangkitan adalah
-hubungan seksual,
-penyumbatan separa laluan kencing,
-kateter, atau najis yang menyentuh faraj

5. Prostatik dan uretra

i) Hiperplasia prostatik benigna adalah pembesaran kelenjar prostat yang tidak berleluasa (tanpa kanser). Kejadian ini adalah biasa dalam golongan lelaki yang lebih tua.

ii) Kanser prostat di mana pertumbuhan sel-sel kanser di dalam prostat akan memberi tekanan kepada struktur-struktur sekitar kawasan prostat disebabkan oleh pembesaran tumor dalam prostat tersebut.

iii) Ketegangan uretra (“urethral stricture”) merujuk kepada penyempitan uretra untuk sebarang sebab sama ada ia benar-benar memberi kesan kepada aliran air kencing dari pundi kencing. Masalah ini adalah jauh lebih biasa pada golongan lelaki muda dan lelaki tua berbanding golongan wanita dan remaja perempuan. Keadaan ini dianggap jarang berlaku pada golongan wanita.

Rawatan Untuk Kencing Tidak Lawas

Antibiotik diperlukan untuk merawat jangkitan bakteria pada saluran kencing, tetapi melalui pendekatan pemakanan juga boleh mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengelakkan ia dari berulang. Berikut adalah langkah yang boleh dicuba :

  • Banyakkan minum air kosong. Disarankan sekurang-kurangnya 8 – 10 gelas setiap hari untuk tambahkan pengaliran air kencing dan untuk membuang bahan yang berjangkit.
  • Elakkan kafein dan alkohol. Kopi, teh, minuman berkola dan alkohol tingkatkan iritasi pundi kencing. Jadi, seeloknya jauhi minuman ini.
  • Elakkan makan makanan pedas. Sesetengah individu mendapati makanan pedas juga menyebabkan masalah kencing tak lawas bertambah buruk.
  • Minum jus kranberi. Terdapat kajian yang menyokong kehebatan jus kranberi dalam merawat kencing tak lawas. Kranberi dan blueberi mengandungi bahan yang boleh mempercepatkan penyingkiran bakteria dengan menghalang bakteria dari melekat pada dinding pundi kencing.
  • Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran segar yang kaya vitamin C seperti buah oren, tomato dan brokoli. Vitamin C bantu kuatkan sistem imun, lawan jangkitan dan jadikan air kencing lebih berasid.
  • Pengambilan probiotik seperti yogurt boleh membantu kerana ia dapat menghalang pertumbuhan mikroorganisma yang menyebabkan UTI. Bakteria bermanfaat yang terdapat dalam yogurt, juga boleh memupuk pertumbuhan flora mesra dalam badan, yang boleh berkurangan dengan terapi antibiotik.
  • Selain mengubah pemakanan, ada beberapa cara lain yang boleh bantu mencegah kencing tak lawas, ia termasuk :
  1. pakai seluar dalam yang longgar dan diperbuat daripada kain kapas.
  2. Jangan lakukan douching (meruang) dan gunakan pencuci vagina kerana ia boleh menyebabkan pundi kencing menjadi iritasi.
  3. Sebelum dan sejam selepas ‘bersama’ pasangan digalakkan buang air kecil dahulu.
  4. Selepas buang air kecil, lap dari depan ke belakang untuk mengurangkan risiko memindahkan bakteria dari usus ke urethra.
  5. Jangan tahan untuk buang air kecil. Jika terasa ingin kencing, jangan tangguh-tangguh. Segera selesaikannya. Menahan dari kencing merangsang jangkitan untuk berlaku.

Suplemen Membantu Dalam Merawat Kencing Tidak Lawas

Untuk membantu penyembuhan masalah kencing tak lawas dengan cepat dan mencegah masalah ini dari kerap berulang, pengambilan suplemen yang betul adalah digalakan.

Suplemen bertujuan menyokong keperluan nutrisi dalam tubuh agar sistem tubuh dapat berfungsi secara optimum.

Saranan produk adalah seperti berikut:

TESTIMONIAL

Jika kesihatan yang kita Utamakan demi untuk insan tersayang, ini antara ikhtiar yang tidak sia-sia kita lakukan. hanya selangkah sahaja lagi untuk mendapatkan secara pembelian Online:

Jika pembelian Online tidak dapat dilakukan Sebarang pertanyaan boleh segera klik No telefon untuk terus ke Applikasi WhatsApp saya

Fuzy Idris

017-4009734

Untuk mendapat keistimewaan harga ahli yang lebih JIMAT  klik Daftar sekarang:

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge