Tanda Tanda Bersalin Anak Pertama Hingga Anak ke Empat

Pengalaman melahirkan empat orang zuriat semuanya berbeza, kalau sepuluh orang mungkin semuanya juga berbeza. Cukuplah empat orang sahaja, dah rasa lengkap dengan 2 pasang. Sekarang ni waktu untuk fokus membesarkan mereka, belum fikir nak tambah. Setiap kali nak bersalin memang tertunggu-tunggu tanda nak bersalin, ikuti pengalaman saya Tanda Tanda Bersalin Anak Pertama Hingga Anak ke Empat

Pengalama saya melahirkan Empat orang anak, masing – masing di hospital kerajaan yang berlainan di Negeri Pulau Pinang. Suasana lain-lain la sikit. Penulisan ini agak panjang,walaupun sudah diringkaskan.

Anak Pertama: Tanda Lendir bercampur Darah

Anak pertama Dea Aleesya dilahirkan pada 27 september 2012 pada 39 minggu 2 hari seberat 3.39kg. Berbekalkan bacaan, nasihat jururawat dan pengkongsian rakan-rakan hari demi hari saya memang menanti-nanti tanda kelahiran. Agak nervous juga disebabkan saya ada GDM ( kencing manis ketika mengandung ) tak boleh lebih dari kandungan 40 minggu, jika tak beranak terpaksa serah diri dan kena induce (paksa beranak)

Bangun subuh 26 september, ada turun tanda lendir dan sedikit darah, namun belum ada rasa sakit contraction. Memandangkan anak sulong dan sudah hampir tarikh jangka, siap – siap pergi Hospital Seberang Jaya (HSJ). Bila Doktor periksaan bukaan (VE) baru 1cm, kena juga tahan ward, agak lama menunggu nak dapat katil, biasalah HSJ ni memang padat dengan pesakit, lagi pula memang musim orang beranak.

Saya okey je sebab belum ada rasa sakit petang baru dapat katil. Malam pukul 11pm baru rasa sakit, Masuk Labour room pukul 7am, pukul 3.30pm baru selamat melahirkan. 16jam juga sakit.

HSJ agak padat dan suami tak boleh teman isteri pada ketika itu. Katil pun dapat duduk ditengah laluan berhampiran toilet. Suasana dalam labour room meriah sangat, ada nurse dan doktor perlatih, nak beranak tapi rasa macam acara sukaneka (tak selesa) haha. Harap selepas siap hospital yang sedang dibina baru ni, keadaan lebih selesa.

Anak kedua: Sakit Contraction tanpa ada tanda lain

Seperti anak sulong, anak kedua saya tetap menanti tanda – tanda lahir yang bakal muncul. Pada pagi sewaktu usia kandungan 39 minggu 4 hari ada rasa tak selesa, contraction yang manja-manja sahaja dan tidak konsisten.

Sekitar 3pm sakit makin terasa dan konsisten selang 5 min. Kali ini saya memilih Dewan Bersalin Pulau Pinang. Untuk kandungan kedua itu saya tidak ada risiko tinggi, Alhamdulillah tiada GDM.  saya tetap memilih ke hospital besar, tak yakin nak ke hospital daerah yang berdekatan (Hospital Kepala Batas), jika ada masalah akan di refer HSJ.

Setelah hampir Azan subuh keesokan harinya selamat melahirkan Adwa Muhammad pada 14 April 2014 seberat 3.30kg, 15 jam sakit contraction lebih kurang anak sulung. Dalam Labour room sangat tenang diuruskan oleh dua orang staff nurse sahaja, yang paling penting suami dapat masuk teman dan saksikan sendiri saat berjuang nak lahirkan anak. Dewan Bersalin Pulau Pinang kini ditutup untuk tujuan renovate, ward bersalin kini berpindah ke GHPP.

Artikel MenarikTips Untuk Suami Teman Isteri Bersalin

Anak ketiga: Pecah Air Ketuban

Ini pula Pengalaman anak ketiga Dea Aufa pada 4 April 2017 pada kandungan berusia 38 minggu 5 hari seberat 3.38kg. Anak pertama,kedua dan keempat air ketuban dipecahkan dalam labour room. Sebelum itu pada March 2017 adalah bulan terakhir saya melengkap car fleet untuk Car Bonus insentif Shaklee, memang doa sangat tak lahir awal maklumlah anak ketiga dah.

Sarat sangat ketika itu, sepanjang mengandung kandungan ketiga ni perut paling besar. Maka selesai sahaja march dan berjaya untuk car bonus barulah cakap dekat baby, “okey sayang ibu dah bersedia”.  Bermula hari itu Saya selalu Skuad untuk mudah bersalin.

Suami ajak balik rumah Mertua di Balik Pulau, memang sarat dah siap packing baju ibu dan baby bawa sekali. Malam tu rasa tak boleh tidur, pusing kiri kanan serba tak kena. Bangun duduk excercise sikit, kemudian saya ke tandas buang air kecil. Lepas tu masuk bilik kejutkan suami minta urutkan pinggang, ketika mengiring air keluar tak terkawal.

Rupanya ini rasa air ketuban pecah, basah lencun. Maka kali ni beranak di Hospital Balik Pulau (HBP), check in Hospital pukul 1 pagi. Nurse tanya betul ke nak bersalin disini (hospital daerah), sebab sebelum ni bersalin di hospital besar dan di HBP tidak sediakan ubat tahan sakit. “inshaAllah boleh” jawab gelak-gelak lagi sebab tak sakit lagi masa tu.

Malam tu boleh tidur sekejap sekejap sebab tak selesa, Selepas subuh dalam pukul 7 pagi start rasa contraction, lebih kurang pukul 11am selamat melahirkan, 4 jam je sakit kali ni… fuhh natural birth gitteww…

HBP best sebab suami boleh masuk teman dan seronok sebab tak ramai, pada 4hb hanya Saya seorang yang melahirkan anak. Layanan istimewa jugalah, Maklumlah tak ramai pesakit. Bersalin pun tak ada doktor semua dengan nurse yang sporting.

Artikel MenarikTeknik Meneran Dengan Betul Supaya Mudah Melahirkan Anak

Anak Keempat Lebih kurang Anak Kedua

Anak lelaki sama pula kisahnya, sakit contraction tanpa ada tanda lain. Tapi lain situasi, ye lah masa anak kedua hanya ada seorang anak sulung, kali keempat dah ada tiga orang diatas. Oh ya..jarak anak ketiga dan keempat dekat, masa nak lahirkan anak ke empat ni Dea Aufa berumur 1 tahun 3 bulan. Sakit main-main bermula pada pukul 1 pagi. Mujur anak-anak tidur nyenyak.

Suami pula kerja shift malam, Sengaja tak suruh balik lagi, jimat cuti. Suami dapat cuti isteri bersalain dua hari sahaja, so temankan isteri melalui whatsApp  Layan contraction tak konsisten sampai pukul 5 pagi, kemudian tertelap mengantok sangat. Setiap kali rasa sakit, send icon wanita pregnant (refer gambar). Okey juga sebab ada time setiap kali send, boleh tengok selang masa.

Malas nak buka app counter, counter dekat whatsApp suami, suami pun boleh tahu keadaan isteri.

Lepas tu datang contraction waktu azan subuh sangat kuat tersedar terus  bangun mandi solat subuh. Lepas solat lebih kurang 6:40 pagi contraction konsisten 5 minit sekali whatsapp suami untuk balik segera.

Walaupun ketika sakit ada dirumah Seberang jaya yang hanya 3 minit ke HSJ, tapi disebabkan kena hantar anak-anak kerumah mak, kami terus ke Hospital Kepala batas (HKB) sampai hospital lebih kurang 9 pagi dan bukaan 3 cm. masuk duduk wad dulu. Layan contraction tak sakit sangat, memang boleh tahan lagi. Sakit makin kerap minta nurse buat VE, rupanya dah 7 cm.

Nurse bergegas ambil katil nak sorong masuk labour room, masa ni memang cool rileks. Call suami cakap nak masuk labour room dah. Naik atas katil Labour room kena drip ‘petocin’ kalau tak salah (kecutkan rahim) sakit kuat sangat, memang rasa tak tahan sakit tu..ye la sakit kena paksa. Alhamdulillah, Adli Muhammad 3.01kg 14 July 2018 pada usia kandungan 38 minggu 2 hari.

Di HKB pun beranak dengan Nurse je, Suami Boleh masuk teman. Di HKB merasa la kena seluk dan korek darah beku. 😭 dua kali kena seluk. Doktor kata biar settle di sini masuk wad nanti tak perlu risau dah. Memang tak ada rengat kali ni dan darah nifas sikit sahaja.

Jadi, sekian karangan panjang kali ini. Pengalaman yang berharga yang tak pernah lupa, walaupun tak tahu nak cerita rasa sakit macam mana.

Pengalaman ini adalah pengalaman saya sendiri, lain orang lain pengalaman dengan pihak hospital. So far, Alhamdulillah, fisabilillah.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge